Monday, January 17, 2011

KESUNYIAN


Bila kutatap
Wajahnya…
Kulihat
Sepasang mata tak bernyawa
Yang penuh dengan duka…

Namun dia
Sentiasa tersenyum
Bergelak ketawa dengan yang lain…

Adakah itu
Caranya untuk dia
Cuba melupakan duka itu..?

SI DIA



Ku
Tercari-cari
Dimana si dia..

Hatiku
Sentiasa memanggil dirinya
Agar aku bisa melihat dia..

Namun
Ku tidak bisa
Kerna aku
Tidak pernah melihat wajahnya..

Hatiku sayup
Kerna si dia
Tidak menemaniku
Tika aku dalam suka & duka..

Aku
Sentiasa menunggunya
Datang ke pangkuanku..

Moga pengorbananku
tidak sia-sia..

aku
akan menunggu
si dia..

AKU PERCAYA

Aku percaya
Apa yang hatiku
Percaya & katakan..

Aku percaya
Bahawa semuanya
Yang ada didunia ini..
Adalah sesuatu yang indah..
Namun manusia
Tidak melihat keindahannya..

Aku percaya
Bahwa aku akan
Mendapatkan sesuatu yang
Telah ku nantikan
Sehingga kini..

Aku percaya
Cinta itu adalah suatu yang suci
Pertaruhan cinta
Adalah pengorbanan..

Aku percaya
Sang kekasih sejati rabiatul adawiyah
Akan sentiasa mendengar
Luahan para makhluk-Nya..
Yang mendambakan kasih-Nya..
Menagihkan cinta-Nya..

PERJALANAN


Ku tidak pernah
Berhenti..
Mencari sesuatu
Yang bisa berikanku
Kehidupan yang aku idamkan..

Perjalanan ini
Terasa perit kuhadapi..
Namun aku harus tetap
Ke hadapan..

SUKA

Aku
Amat menyenangi
Segala yang ada pada dirimu..

Bila melihatmu
Hatiku bahgia..
Hanya dengan melihatmu
Hari-hari yang ku lalui
Menjadi ceria..

Ku
Sendiri tidak memahami
Akan perasaan itu..
Adakah ianya perasaan suka
Atau hanya suatu yang menyenangkan?

Ku tidak pasti..
Namun hatiku mengatakan
Bahawa
Kamu adalah insan
Penting dalam hatiku ini..

Kini..
Ku yakin
ianya adalah perasaan itu..
perasaan suka..

SEHIJAU WARNA DAUN

Warnamu
Buatku rasa berada disuatu tempat
Yang aman damai
Dan hanya aku & kamu
Yang ada dalam dunia itu..

Betapa kamu
Menceriakan hari-hariku
Membuatkannya lebih bermakna..

Terima kasih
Ku ucapkan kepadamu
Kerna membuatku kenal
Akan perasaan bahgia itu..

UNGU


Pada pertama kali
melihatmu
hati ini seakan mengatakan
kamu adalah sesuatu
yang telah ditakdirkan bersamaku..

aku & kamu
punya perasaan yang sama
perasaan yang tidak dapat
kita katakan dengan kata-kata..

hati kita
terasa kosong..
bagaikan tidak kenal
akan rasa gembira..
hanya ada satu perasaan
dalam hatiku ini..
dan biarlah
hanya aku& kamu
yang mengetahuinya..

BULAN


Bila kupandang
Ke atas..
Ku melihat ada sesuatu
Yang amat menyerlah
Menerangi malam hari
Bersama kerdipan bintang..
Keindahanmu
Menceriakan hatiku..

Malangnya..
Keindahanmu ditutupi
Oleh sinaran api
Pada siang hari..

Namun ku setia
Menunggu kehadiranmu
Biarpun ku harus menunggu waktu itu tiba..
Namun aku bahgia
Bila dapat melihatmu walau sekali saja..

Kebahgiaan itu tidak dapat aku
Luahkan dengan kata-kata
Namun ku tahu akan
Kebahgiaan yang ku rasakan ketika itu..

PANGGILAN-NYA




Hatiku sayup
Ketika panggilan itu
Kedengaran pada telingaku
Begitu syahdu
Mengajakku
Melaksanakan tanggungjawab
Yang telah diberikan
Kepadaku..

Namun mengapa hatiku
Seakan telah diikat
Dengan rantai
Yang besar
Hingga ku tidak berdaya
Melawannya..

Hanya kepada-Mu
Ku berserah
Agar Engkau
Tabahkan hatiku
Menghadapi musuh yang nyata itu..

jangan kau tangisi

haiza hanny yang amat kasih pada emak saudaranya iaitu haifa hezzy..haifa telah terlantar dihospital disebabkan penyakit barah yang dihidapinya..namun,tiada siapa yang mengetahui penyakit yang dihidapi oleh haifa..beberapa kisah cintanya terhadap insan yang bernama zahamizal,huzaifah,fizran dan umran yang telah membawa kesengsaraan padanya..hanya insan yang bernama umran yang berjaya menawan hatinya..impian untuk bersama umran berkecai apabila haifa mengetahui penyakit barah yang sedang merebak dalam tubuhnya..dia merelakan umran berkahwin dengan pilihan emak umran iaitu fezra yang merupakan sahabat haifa..cintanya tak pernah hilang malah semakin berkembang terhadap umran..di saat nafas terakhirnya,dia gembira dapat bertemu dengan kekasih hatinya dengan bantuan hanny..akhirnya,dia tidur diatas riba kekasih hatinya yang amat dirindui...

Sunday, January 16, 2011

si gadis lavender

episod ketujuh

jejaka yang dicintainya meluahkan perasaan pada dirinya...dia tergamam!gadis lavender menyangka bahwa jejaka yang dicintainya telah beralih arah pada yang lain namun ternyata sangkaannya meleset..jejaka itu menyatakan hasratnya untuk menanti gadis laveneder sehingga gadis lavender menerima dirinya kembali...dia hanya menyintai gadis lavender dan mengatakan bahwa dia hanya inginkan gadis lavender sorang...gadis lavender tertunduk malu,lidahnya kelu..airmata berlinangan dari pipinya...

Sunday, January 9, 2011

si gadis lavender

episod keenam

kini,dia telah dapat mengubati hatinya yang terluka...dia tidak lagi menyimpan sebuah harapan terhadap jejaka yang dicintainya..dia berasa bahagia bila dia mendapat tahu jejaka yang dicintainya telah beralih arah..

Thursday, January 6, 2011

si gadis lavender

episod kelima

masa telah merawat hatinya yang luka dan kini,dia hanya menganggap jejaka itu sebagai teman biasa..dia sedar bahawa cintanya yang mendalam terhadap jejaka itu tidak akan kekal selamanya..dia merasakan bahawa dia harus meminggirkan rasa cintanya terhadap jejaka itu..dia berharap jejaka yang dicintainya akan mendapat cinta yang lebih tulus dan mendalam daripada wanita yang lain berbanding cinta si gadis lavender...dia hanya berserah kepada Ilahi...

Wednesday, January 5, 2011

velvet esprada



seorang jejaka yang berasal daripada keluarga yang terkenal dalam bidang perubatan telah jatuh cinta dengan sophia..sophia dan heris berkahwin secara terburu-buru..muncul ivan dan nia yang merupakan bekas kekasih sophia yang menyebabkan heris dan sophia hampir bercerai...namun begitu,terjadi suatu peristiwa yang menyebabkan sophia yakin pada cintanya terhadap suaminya,heris..akhirnya,mereka bahagia selamanya..

Monday, January 3, 2011

KERINDUANKU

Kerinduanku pada kenangan lalu..
Buatku terasa masa berlalu pantas
Meninggalkan diriku dibelakang
Jauh ketinggalan..

Kerinduanku pada dia
Buatku terasa ingin kembali ke masa silam..
Dimana aku bisa menatap wajahnya
Yang menjadi penyeri hidupku..

Kerinduanku pada seorang sahabat…
Buatku terasa alangkah sunyinya
Kehidupan ini tanpa sesiapa disisi..
Menjadi penghibur kala suka dan duka..

Kerinduanku pada bulan..
Buatku tak terlena tika malam
Ingin menemani sang bulan yang kesepian..

Namun,
Tiada siapa yang akan merinduiku
Kerana aku bukanlah insan
Yang layak untuk dirindui..

ANGIN

Sentuhanmu
Melemaskan perasaanku
Membuatku bahgia seketika
Dalam belaian kasihmu..

Tika ku sepi
Kau menemani
Menghilangkan rasa sepi itu
Yang meresahkan hatiku..

Kau seperti tahu
Apa yang terpendam di lubuk hati ini
Kau tetap disisi
Tika suka dan duka..

Tidak bisa ku balas
Kesetiaanmu
Dengan segala yang ada didunia ini
Meskipun ia seluas lautan yang biru..
Hanya senyuman
yang bisa ku berikan kepadamu
kerna ku tahu kau bukanlah seperti
manusia yang materialistik itu..

Daisypath Friendship tickers